Make your own free website on Tripod.com

[Company Logo Image]

Home Feedback Contact Search

Sinopsis

 

[Under Construction]

News
Products
Services

KEUNIKAN PRODUK RUMUSAN PROF DR. AZIZAN ISMAIL

                                                                                                                      

SINOPSIS

Text Box: Perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme adalah tergolong dalam perubatan alternatif.  Perubatan alternatif adalah sangat berkesan dan mujarat jika diamalkan dengan betul dan bijaksana. Sebagai perubatan alternatif sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri istimewa yang berbezakannya daripada perubatan alopati atau konvensional yang rata-rata manusia sudah mengenalinya.  Walaupun perubatan konvensional lebih berpengaruh tetapi ini tidak beerti ia lebih baik dan sempurna.
 

 

           

 

   Antara Ciri –Ciri Utama Perubatan Al-ternatif ialah:-

 

Saintifik:

Kajian dan penyelidikan yang dijalankan adalah menurut kaedah moden dan saintifik. Kajian yang dijalankan adalah terhadap manusia dan bukannya terhadap haiwan makmal seperti yang lazimnya diamalkan dalam perubatan konvensional. Hanya melalui cara ini dapat dihasilkan keputusan yang tepat dan berguna.

 

 Efektif:

Kajian dan penyelidikan yang teliti dengan rakaman pemerhatian yang kemas dan perumusan yang tepat menjadikan perubatan alternatif sangat berkesan dalam mengatasi pelbagai penyakit akut dan kronik.

 

Selamat:

Perubatan alternatif lazimnya tidak mempunyai kesan sampingan dan dengan itu adalah lebih selamat digunakan biarpun dalam tempoh yang lama. Ciri istimewa inilah yang menyebabkan perubatan alternatif mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia yang kian sedar tentang perlunya kaedah perawatan efektif dan selamat.

 

Pengenalan Ringkas Mengenai Homeopati, Biokimia dan Herbalisme

 

 

 

 

 

 

Di Malaysia, Profesor Dr. Azizan Bin Hj. Ismail, Penasihat Syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd., adalah antara beberapa orang yang paling giat berusaha memperkenal dan menyebarkan pengetahuan mengenai perubatan alternatif ini di kalangan masyarakat di semua lapisan. Di atas kegigihan dan kaedah tersendiri, beliau telah berjaya menggerakkan hati masyarakat untuk mencuba, mengguna dan menerima perubatan alternatif dalam kehidupan seharian mereka.

 

Era Edar Marketing  Sdn Bhd (EEM)

 

Syarikat Era Edar Marketing Sdn Bhd atau EEM diperbadankan pada 18 Julai 1991. Ia adalah sistem jualan langsung berbilang aras. Pemegang saham syarikat ini ialah Prof. Dr. Azizan bin Haji Ismail (60%) dan Hamsiah bt Haji Ismail (40%). Pada awal penubuhan Sistem Era Edar, syarikat ini hanya memasarkan empat jenis produk yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Perubatan Homeopati dan Biokimia Sdn Bhd. Produk-produk tersebut dikeluarkan menurut formula istimewa Dr Azizan bin Haji Ismail yang berasaskan kepada tiga jenis perubatan alternatif iaitu Homeopati, Biokimia dan Herbalisme.

 

Ketiga-tiga sistem perubatan alternatif ini semakin popular di kalangan masyarakat di negara ini. Antara faktor utama masyarakat mula menerima sistem perubatan ini adalah bertitik tolak daripada kesedaran dan hasrat mahu menjauhi ketidaktentuan perubatan konvensional yang mendatangkan kesan keracunan dan kesan sampingan serta pelbagai masalah kesihatan lain kepada pengguna,

 

Kini, syarikat ini telah mempunyai 70 jenis produk yang boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu perubatan alternatif (Homeopati, Biokimia dan Herbalisme), UNA kosmetik, makanan dan minuman.

 

Melalui usahasama dengan Perkhidmatan Perubatan Homeopati dan Biokimia Sdn Bhd., syarikat ini juga telah berjaya membina sebuah kilang farmaseutikal, Homeofarma Sdn Bhd. yang bernilai melebihi RM 17 juta di Jitra, Kedah. Kilang ini merupakan kilang pertama di Asia Tenggara yang akan memproses ubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang memenuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) antarabangsa.

 

  Homeopati

Sistem perbuatan Homeopati telah diperkenalkan oleh seorang doktor bangsa Jerman yang bernama Dr. Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Kajian beliau telah dijalankan bermnula 1796 lagi.

 

Dalam usaha mengujibakat ubat-ubatan Homeopati Dr. Hahnemann telah menjalankan segala ujikaji ke atas dirinya dan lain-lain orang. Kaedah Homeopati melarang ujikaji dijalankan ke atas haiwan makmal. Hasil ujikaji yang dijalankan ke atas manusia memberikan keputusan yang lebih tepat.

 

Menurut Homeopati sesuatu bahan yang boleh meracun tubuh dengan mendatangkan apa jua masalah dan menjelmakan simptom-simptom penyakit, maka bahan tersebut boleh diproses untuk dijadikan remedi bagi mengubati penyakit yang seakan dengan yang ditimbulkannya. Ubat Homeopati digelar remedi.

 

Misalnya, kesan menghidu atau memakan baang merah, boleh mendatangkan pada diri seseorang yang sihat, simptom bersin-bersin dengan hingus cair mengalir banyak. Oleh itu, bawang merah ini boleh diproses menjadi remedi yang cukup mujarab bagi masalah selsema yangmempunyai simptom bersin-bersin dan hingus cair mengalir lancar. Tetapi simptom penyakit mestilah sama atau serupa dengan simptom remedi (semasa dijalankan unikaji awal). Mengertilah kita bahawa dari situ, racun itulah penawarnya.

 

Menurut Homeopati, penyakit menzahirkan dirinya dengan menimbulkan simptom. Simptom-simptom adalah paling tepat. Remedi yang paling tepat dapat ditentukan dengan membandingkan kesamaan simptom penyakit simptom remedi. Inilah falsafah yangterangkum di dalamkata-kata: "Serupa dengan serupa menyembuhkan (Similia SimilibusCurentur)"

 

Sesuai dengan prinsip Homeopati, semua penyakit ada ubatnya. Kerana penyakit berpunca daripada keracunan, maka jalan penyelesaiannya juga ialah dengan berubat menggunakan tenaga "racun" yang serupa. Kaedah menerbitkan tenaga ubat daripada racun tadi u\ialah melalui proses potentisasi atau triturasi. Pengilangan ubat-ubatan Homeopati adalah berasaskan salah satu atau kedua-dua kaedah ini.

 

Apabila remedi yang tepat, berasaskan simptom diberikan pada kekuatan atau potensi yang sesuai bagi mengatasi masalah penyakit, makan akan sembuhlah penyakit berkenaan, dengan izin Allah.

 

Penyakit terjadi dengan melalui jalannya, dan demikian jua apabila ia akan sembuh, ia akan sembuh melalui jalannya seperti berikut:

 

 

 

·         Dari atas ke bawah

·         Dari dalam keluar

·         Dari organ penting kepada orang kurang penting

·         Berpatah balik ke masalah asal

_

Biasanya dalam keadaan tubuh bergerak menuju kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlakulah sedikit kemelaratan simptom. harus ingat, kemelaratan simptom ini bukannya kesan sampingan dan ia tidak boleh membahayakan. Kemelaratan simptomberlaku hanya buat sementara waktu sahaja. Berlakunya kemelaratan simptom menunjukkan remedi yang diambil itu tepat dan sedang bekerja menghilangkan penyakit dari tubuh itu. Ada kalangan yang menamakan kemelaratan simptom ini sebagai krisis penyembuhan (healing crisis).

 

Oleh keran kemujaraban, keberkesanan dan selamatnya sistem ini, maka Homeopati berkembang maju ke seluruh dunia. Kian ramai ahli masyarakat mula berjinak-jinak denga perubatan Homeopati dan memilih perubatan ini sebagai alternatif atau pilihan kepada sistem perubatan konvensional yang menggunakan dadah (drug). Semakin ramai pula doktor-doktor kenvensional mempelajari dan mengamalkan Homeopati dewasa ini. Kini Homeopati sudah diiktiraf oleh Badan Kesihatan Seduia (WHO).

 

 

   Biokimia

Sistem Perubatan Biokimia telah diperkenalkan oleh DR. Williem Helmut Schuessler dari Oldenburg, Jerman dalam tahun 1873.

Menurutnya, dalam tubuh seseorang terdapat 12 garam tisu. Tubuh akan sihat dengan semua organ berfungsi sempurna, jika sekiranya semua garam tisu itu berada dalam keadaan seimbang. Penyakit akan terjadi dan organ-organ tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna jika tubuh kekurangan salah satu, atau lebih daripada satu garam tisu tersebut, atau juzuknya tidak seimbang.

Timbulnya gejala atau simptom penyakit menunjukkan tubuh itu 'meragam' akibat masalah kekurangan atau ketidakseimbangan garam tisu dalam tubuh. Berpandukan gejala atau simptom penyakit yang timbul, seseorang doktor akan dapat mengenal pasti garam tisu mana yang kekurangan atau tidak seimbang. Rawatan bagi penyakit ialah dengan membekalkan garam tisu yang diperlukan oleh tubuh.

Kaedah menyediakan remedi garam tisu Biokimia adalah secara triturasi. Sama seperti remedi Homeopati, remedi garam tisu biokimia juga tidak akan mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya dan dengan itu adalah selamat digunakan walaupun dalam jangka waktu yang panjang.

 

 

   Herbalisme

Herbalisme adalah jenis perubatan yang paling awal dikenali dan diamalkan oleh manusia. Sebelum terciptanya haiwan dan manusia dibumi ini, bumi telah dipenuhi oleh beraneka jenis tumbuhan. Apabila haiwan dan manusia mula mendiami bumi, mereka mula bergantung pada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan.

Semenjak awal lagi manusia telah mengetahui bahawa tumbuhan mengandungi pelbagai zat dan khasiat yang baik untuk kesihatan. Perlu diingat bahawa sebahagian besar keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh kita diperolehi daripada tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebelum perubatan moden dikenali, manusia bergantung harap pada rumusan ramuan herba dari tumbuhan untuk menyembuhkan penyakit dan menyihatkan badan. Dari generasi ke generasi, ilmu merumus ramuan herba ini diperturunkan dalam setiap masyarakat.

Oleh kerana kesan yang baik, ubatan ramuan herba tradisional ini mendapat tempat di hati masyarakat umum. Tumbuhan yang hidup meliar di negara kita ini sebenarnya cukup tinggi khasiatnya dan tidaklah kita perlu bergantung kepada herba import (luar negara) yang terlalu mahal harganya

 

 

 

 

Send mail to someone@microsoft.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2007 Izamo Enterprise
Last modified: 02/25/07